Child Enrichment & Pre-School

Assalamualaikum Wrt. Wbt.

Firman Allah Taala yang bermaksud :
"Dan ketahuilah bahawasanya harta kekayaan dan anak-anak kamu adalah cubaan hidup bagimu
dan sesungguhnya di sisi Allahlah pahala yang amat besar."

Anak adalah amanah Allah yang perlu dijaga dan diberikan asuhan serta didikan yang baik
sejak kecil lagi. Seperti kata pepatah ; melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Oleh itu, anak-anak perlu diberikan didikan sejak kecil lagi agar menjadi anak yang soleh,
berbakti dan sentiasa mendoakan kedua ibubapanya. Sehubungan dengan itu, didikan
yang terbaik adalah didikan yang benar-benar berpaksikan acuan Al-Quran itu sendiri.
Oleh itu, pihak Tadika Tahfiz Al-Munir (TTAM) bersedia menawarkan sebuah tadika
yang memberi penekanan dalam dua bidang sekaligus antara agama dan akademik
demi keseimbangan di dalam proses pendidikan mereka.


Antara objektif utama TTAM ialah :

  Mewujudkan suatu proses pendidikan yang bersepadu & seimbang antara rohani dan
     jasmani ; agama dan akademik.

  Melahirkan satu generasi yang celik Al-Quran sekaligus sebagai generasi penghafaz
     dan mengamalkannya.

  Menghidupkan suatu biah atau suasana solehah dalam keluarga dan masyarakat
     dengan akhlak mulia.

  Membentuk generasi yang bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan tanahair.


Harapan kami agar segala usaha yang dilakukan ini akan dapat melahirkan generasi yang
bertamadun dan berdaya saing serta bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan tanahair.

Sekian, Wassalam.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Falsafah Pendidikan Islam

 

 


▲Lihat Atas▲


Back Next

Copyright 2004 - 2015 Tadika Tahfiz Al-Munir. All right reserved.