KEHADIRAN :

  Para pelajar hendaklah sentiasa memakai uniform semasa hadir ke tadika.
  Para ibubapa hendaklah menghantar atau mengambil anak-anak mereka dalam tempoh masa yang telah
     ditetapkan dan sebarang kelewatan atau sebaliknya akan dikenakan bayaran lebih masa (OverTime).
  Bagi pelajar yang dijangkiti penyakit berjangkit hendaklah mengambil cuti sakit.


BARANGAN PERSENDIRIAN :

  Sila tanda sebarang hak milik pelajar seperti alat tulis, pakaian dan seumpamanya supaya ia
      senang dikenalpasti pemiliknya.
  Dilarang membawa barangan berharga seperti barang kemas dan sebagainya.
  Pihak tadika tidak boleh dipertanggungjawabkan sepenuhnya jika berlaku kehilangan atau
      kerosakan terhadap barang yang dibawa.

BAYARAN & YURAN :

  Yuran bulanan mesti dijelaskan pada minggu pertama setiap bulan termasuk bulan November.
  Bayaran buku bagi semesta kedua sebanyak RM150 hendaklah dijelaskan pada awal bulan Jun.
  Pastikan setiap pembayaran mendapat resit rasmi daripada pihak TTAM dan yuran yang telah
      dijelaskan tidak boleh dikembalikan.

 HUBUNGAN :

  Hendaklah sentiasa menjaga imej atau nama baik tadika.
  Para ibubapa digalakkan sentiasa menghubungi pihak tadika untuk mengetahui
      perkembangan anak-anak mereka.
  Sedia berbincang dan bertolak ansur sekiranya timbul permasalahan yang berkaitan dengan
      pelajar atau pihak tadika.
  Pihak TTAM bersedia menerima teguran yang membina terhadap sebarang kesilapan atau
      kekurangan.

  Tidak membunyikan hon kenderaan terlalu kuat ketika menghantar atau mengambil anak dan
      tidak menghalang pintu pagar rumah jiran-jiran berdekatan kerana perkara ini amat penting
      bagi menjaga kelangsungan operasi tadika di tapak sekarang agar tiada pihak-pihak tertentu
      mengambil kesempatan untuk membuat alasan bagi menyekat atau membuat sebarang bantahan.

PIAGAM :

 Tekad dan azam pihak TTAM adalah berusaha memberikan pendidikan yang terbaik kepada
     semua pelajar mengikut lunas-lunas Islam.

  Pihak TTAM bersedia dan mengalu-alukan sebarang sumbangan dari semua pihak sama ada
      dalam bentuk material, idea dan sebagainya.
  Sumbangan ikhlas boleh dimasukkan terus ke akaun Tadika Tahfiz Al-Munir.



  SEGALANYA BERMULA DI SINI.
JIKA BAIK, BERITAHU KAWAN, JIKA TIDAK, BERITAHU TTAM.



▲Lihat Atas▲


Back Next

Copyright 2004 - 2015 Tadika Tahfiz Al-Munir. All right reserved.