Maklum Balas Yang Diterima

CADANGAN :

Assalamualaikum..
Saya amat tertarik untuk mendaftarkan anak saya ke sekolah ini tetapi lokasinya terlalu jauh. Harapan saya bolehlah kiranya dibuka cawangan di area Shah Alam, ini memandangkan area Shah Alam ini ramai benar anak-anak orang Islam.
Terima kasih.

Haryati Ibrahim
Shah Alam, Selangor
Sent : Tuesday, 21 September 2004


SOKONGAN :

Assalamualaikum Wrt.
Tahniah diucapkan kepada pengurusan yang berjaya mengendalikan program keilmuan seperti ini, saya kagum dan tertarik dengan aktiviti yang dianjurkan. Kepada penganjur saya amat mengalu-alukan program yang diusahakan diketengahkan kepada masyarakat di setiap negeri terutama di bandar. Bagi saya yang pernah terlibat dengan pengurusan kelas pra-sekolah sedia bekerjasama.
Sekian, Wassalam.

Mohamad Zaki Ismail
Majlis Bandaraya Alor Star
Sent : Monday, 6 December 2004


Saya cukup tertarik dengan program dan konsep pendidikan yang diamalkan di Al-Munir. Saya telah menjalankan pendidikan Fardhu Ain sejak 1998 dan ingin membuka tadika sepertimana yang dibuat di Al-Munir.

Ustaz Sidek Haji Abu Bakar
Syukur Qiraati Centre, Kemaman, Terengganu
Sent : Tuesday, 22 February 2005


Laman web yang cantik dan kreatif. Di samping dapat memberi manfaat kepada orang ramai. Syabas !! Kalau pihak anda tidak mempunyai masalah boleh tak beri saya tips/cara-cara @ koding yang anda guna untuk menghasilkan laman web ni.

Vienna Fransz
Sent : Tuesday, 17 May 2005


Assalamualaikum,
Saya ingin bertanya, Tadika Al-Munir ada cawangan di Melaka ? Saya dapati konsep pendidikannya sangat menarik dan bagus sekali untuk anak saya. Namun lokasi tadika di Kuala Lumpur membataskan keinginan saya untuk menghantar anak perempuan 6 tahun dan anak lelaki saya 5 tahun. Saya sukar menemui tadika/sekolah pendidikan tahfiz untuk anak-anak saya di sini. Boleh bantu saya. Bilakah cawangan di sini akan dibuka, saya dan ramai lagi ibubapa amat mengalu-alukan kehadiran Al-Munir. Wassalam.

Puan Normah Mohd Noh
Sent : Monday, 1 August 2005


CONGRATULATION !!
This is my first time in this web site. U punya webpage memang menarik. Saya agak terkejut apabila serve this webpage. Ianya sesuai dengan kanak-kanak, tapi kalau color untuk interface u isi dengan warna yang lebih terang, I think webpage akan lebih nice, it just my opinion. Kepada sesiapa yang buat webpage ni, boleh tak saya nak coding sikit untuk mouse tu ?? Lastly, tahniah kepada sesiapa yang develop this webpage !

Norhafzan Abdul Halim @ Sa'ad
Sent : Tuesday, 13 September 2005


Cute ! Perfect ! Informative !

Nahirul Nizam Ismail
Sent : Wednesday, 19 October 2005


Laman web ini telah memberi saya banyak maklumat tentang konsep tadika Islam dan ia telah menjadi 'bechmark' bagi saya dalam memilih tadika bagi anak-anak saya. Saya rasa tadika-tadika Islam lain perlu mencontohi 'approach' al-Munir dalam mempromosikan tadika mereka dan pada masa yang sama menunjukkan tadika Islam juga boleh membimbing anak-anak orang Islam untuk berjaya. Tahniah al-Munir.

Roslin Shah Harip Shah
Sent : Wednesday, 19 October 2005


Laman web ini sungguh menarik dan tidak disangka tadika pun sudah mempunyai laman web yang secanggih ini... Tahniah diucap.

Faridah Hashim
Sent : Wednesday, 19 October 2005


Wowowow what a fantastic website !! Tahniah to the webmaster !! Ada chance for franchising ke ? I am keen to explore peluang buka cawangan u di area Balakong, specifically Taman Impian E.

Fahrul Ariffin
Sent : Tuesday, 25 October 2005 


Saya doakan semoga usaha anda diberkati ILAHI dan selamat maju jaya. Wassalam.

Ridza
Sent : Wednesday, 26 October 2005


Saya merasakan website ini sungguh bagus dan amat memuaskan semua pihak. This is the first time saya lihat laman web yang berinformasi, selain memperkenalkan sistem pembelajaran, ia juga mempunyai tips dan perkara yang menarik. Keep up a good work. Hopefully saya dapat menyekolahkan anak saya tahun depan. Insya-Allah.

Wan Dalina
Sent : Wednesday, 7 December 2005


Syabas.... Laman web yang menepati citarasa dan permudahkan pengguna... Semoga terus berjaya...Ingin membuat laman web untuk tadika Islam seperti anda ... boleh membantu ?

Ainin Sofiiya
Sent : Saturday, 14 January 2006


Assalamualaikum,
Tahniah kerana mempunyai laman web sendiri. Ianya memberi manfaat kepada ibubapa untuk mengenali tadika tahfiz ini dengan lebih baik. Berkenaan dengan ruangan iklaneka, saya ingin bertanya ; Adakah dibenarkan jika pihak luar ingin memasukkan iklan di ruangan iklaneka ini ? Jika boleh bagaimana dan apakah syarat-syaratnya ? Sekian, terima kasih.

Zailir bin Othman
Sent :  Tuesday, 7 February 2006 


CADANGAN :

Bahagian iklaneka hendaknya boleh dicopy oleh pembaca agar dapat dihebahkan oleh awam.

Mohd Nazri bin Ya'acob
Sent : Thursday, 9 February 2006


Assalamualaikum...
Saya ingin agar pihak tuan/puan dapat membuka cawangan tadika ini di persekitaran tempat tinggal saya kerana belum ada tadika seperti ini di sini sedangkan ramai masyarakat sekarang peka kepada pengajaran seperti di tadika ini utuk masa depan anak-anak.Tempat saya di Taman Bandar Tasik Mutiara, 14120 Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan. Saya adalah seorang ibu yang ingin sekali anak saya yang sekarang berusia 3 tahun untuk memasuki dan belajar di tadika seperti ini tetapi di sini hanya terdapat Pasti dan Taski, yang tidak mengambil anak umur 4 tahun seperti tadika tuan/puan.
Sekian, wassalam.

Rosliza binti Ramli
Sent : Wednesday, 18 October 2006


SOKONGAN :

Assalamualaikum...
Pertamanya tahniah saya ucapkan kerana berjaya mencipta sesuatu yang lain. Semoga terus maju. Diharap dapat meluaskan naungan sehingga ke Johor Bahru.

Aida Nor Wani Yahya
Sent : Tuesday, 14 November 2006


CADANGAN :

Program yang ditawarkan amat menarik tetapi lokasi terlalu jauh. Boleh tak tadika ini buka
franchise di kawasan Nilai & Bandar Baru Bangi ?

Rozlin Yahya
Sent : Wednesday, 22 November 2006


SOKONGAN :

Tahniah kerana berjaya menyediakan laman web yang 'complete & infomative'. Keep up a good work.
Semoga usaha murni anda mendapat ganjaran besar daripada Allah di dunia dan akhirat.
 
Roziyatty Mohd Rozi
Sent : Wednesday, 4 April 2007


Tak terucap dengan kata-kata...laman web sangat2 menarik...tak sangka... congratulation !

Teacher Ana
Sent : Wednesday, 11 April 2007


Assalamualaikum..
Kesempatan yang ada ini saya sebagai ibu kepada bekas pelajar sessi 2007 Nurhusna Humaira bt Mohamad Saffri ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ustazah Aida, Cikgu Hasliza, Cikgu Erni, Cikgu Sal dan Cikgu Humaira atas segala jasa, tunjuk ajar dan bakti kalian dalam mendidik anak saya selama ini. Doa dan harapan saya semoga kalian semua terus berusaha dalam mendidik anak bangsa ini supaya dapat melahirkan para pelajar yang 'terbilang' di dalam semua aspek merangkumi dunia dan akhirat. Sesungguhnya hanya ALLAH yang dapat membalas jasa kalian dan semoga dirahmati-Nya selalu.
Wassalam.

Norasliza Mohd Khalid
Sent : Saturday, 17 November 2007


CADANGAN :

Assalamualaikum,
Saya sudah melayari webpage ini (menarik :-)) dan mendapati kaedah pembelajarannya amat bagus. Saya berminat untuk menghantar anak perempuan saya ke tadika ini, tetapi terasa sangat jauh untuk usianya yang baru mencecah 5 tahun. Apa kata kalau pihak TTAM mengadakan cawangan yang berhampiran dengan Taman Melewar. Terima kasih.

Wan Azizan Wan Ahmad
Sent : Wednesday, 26 December 2007 


Assalamualaikum.
Bolehkah saya tahu mengenai yuran pendaftaran dan bulanan di tadika ini? Saya tertarik dengan konsep tadika ini yang mempunyai semua ciri-ciri yang saya inginkan tapi yang tidak seronoknya lokasi agak jauh dari tempat saya. Bolehkah saya cadangkan agar pihak Tuan/Puan membuka cawangan di Taman Ehsan / Desa Jaya Kepong? Ini kerana tiada lagi tadika yang menggunakan konsep Cahayaku di sana dan yang penting di sana ramai juga penduduk yang beragama Islam. Anak pertama saya di Tadika Sri Nur Ain (Sistem Cahayaku) dan yang kedua Tadika Pasti (Islam) agak berbeza dari segi pembacaan tapi dari segi hafalan surah pula ada kelebihannya. Saya harap anak ketiga saya yang kini berumur 4 tahun (2004) dapat mendaftar dengan Tadika Tahfiz tapi adakah cawangan yang terdekat kerana saya tinggal di FRIM Kepong. Sekian, terima kasih.

Mahani Rahmat
Sent :  Saturday, 5 January 2008


Kalau boleh adakan ruangan testimoni kerana saya amat bangga anak saya sudah boleh membaca dan rajin
sembahyang setelah dua tahun di Tadika Tahfiz Al-Munir, diharap Tadika Tahfiz Al-Munir dapat menerapkan cinta kepada agama Allah ini dengan lebih cemerlang lagi. Terima kasih.

Muhamad Rizal bin Che Rani
Sent :  Sunday, 13 January 2008 


Assalamualaikum.
Pertama sekali saya mahu ucapkan terima kasih pada pihak Tahfiz Al-Munir kerana masih lagi menerima anak saya walaupun anak saya agak lewat daftar sesi persekolahan 2008 iaitu bulan 3. Saya adalah i
bu kepada Amerra Aishah bt. Azman. Pada saya tahfiz ini amat bagus sekali kerana berkonsepkan Islam tapi saya juga cadangkan jika tidak keberatan untuk adakan pembelajaran Bahasa Mandarin juga. Akhir sekali syabas pada Tahfiz Al-Munir dan juga guru-guru terutama Cikgu Aida dan rakan-rakan seperjuangan....

Siti Sutri
Sent : Monday, 3 March 2008


Tahniah dan mabruk atas usaha yang dijalankan oleh pihak pengurusan dan seluruh tenaga kerja Tadika Tahfiz Al-Munir. Saya minat dengan web yang anda paparkan walaupun inilah kali pertama saya mengaksesnya. Semoga apa yang anda lakukan mendapat panduan kepada yang lain. Memang wajar kanak-kanak didedahkan dengan Islam. Saya sokong anda. Tahniah dan teruskan usaha yang murni ini....

Zakiah Hanim
Sent : Tuesday, 29 July 2008


Saya dapat maklumat dari kawan, yang tadika ini sangat bagus.. saya nak daftarkan anak 2009 ini, tapi tadika ini tiada di tempat saya tinggal.. saya tinggal di Kota Damansara...

Zarina Naim
Sent : Wednesday, 22 October 2008


SOKONGAN :

Laman web yang menarik pernah saya layari.. Tahniah kepada seluruh kakitangan Tadika Tahfiz Al-Munir... Semoga Allah menjadikan kita insan cemerlang, gemilang dan terbilang... Insya-Allah.

Mahanum Bt Osman
Sent : Tuesday, 2 December 2008


Assalamualaikum..
Saya amat tertarik dengan Tadika Tahfiz Al-Munir. Apakah pihak tuan akan memberi peluang kepada pelajar-pelajar dari negara lain seperti Brunei Darussalam dan Singapura. Terima Kasih.

Muntaz
Sent : May 13 2009


TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.
TANPA ANDA SIAPALAH KAMI.




 


▲Lihat Atas▲


Copyright 2004 - 2015 Tadika Tahfiz Al-Munir. All right reserved.